ADAB MENGHADIRI RUMAH TERBUKA
Assalamualaikum
Alhamdulillah, esok semua bakal menyambut aidilfitri
Macam mana persiapan semua?
Nanti mesti banyak jemputan rumah terbuka kan. Mai kita tengok adab menghadiri rumah terbuka nanti:
1) Betulkan Niat Dan Tujuan
Memenuhi undangan adalah baik dalam kehidupan bermasyarakat kerana dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai. Jagalah niat dan iman agar tidak terpesong.
2) Mematuhi Masa
Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah.
3) Menjaga Aurat
Hormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka
4) Hormati Tuan Rumah
Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk sambil menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga.
5) Menjaga Akhlak Dan Tingkah Laku
Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riyak, dan takabbur
6) Jaga Adab Makan
Setiap kali menghadiri rumah terbuka, pastinya disediakan pelbagai juadah. Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang ating kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang.
7) Memendekkan Tempoh Ziarah
Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad
8) Jangan Mengata
Selepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediaka
9) Utamakan Solat
Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat.
Sumber:
https://
P/s: jangan lupa ambil lecithin untuk elakkan lemak diternak ye.
#tsunamishaklee #ptstim9
Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda
ID 1203345
Miza Asyiqin
SMS/Whatssap 019-5413252
Emel: mizasyiqinrazali@gmail.com
Comments
Post a Comment